Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

21 January 2010

Apakah harga Ilmu??


Dalam suatu perjalanan,imam Al-Ghazali dan kafilahnya telah ditahan
oleh segerombolan perompak. seluruh barang dan harta benda mereka dirampas.
Imam Al-Ghazali memohon dengan rendah hati kepada ketua perompak itu agar dikembalikan semula begnya yang berisi kitab-kitab.
Kata Imam Al-Ghazali,dia menyayangi kitab-kitab tersebut.
Ketua perompak itu bertanya:
"Apakah isi kitab-kitab ini?"
imam ghazali menjawab "ilmu."
Ketua perompak bertanya lagi,
"kalau kitab ini hilang, bererti hilanglah ilmu?"
balas imam ghazali ,"ya.kalau kitab ini hilang, bererti hilanglah ilmu.
Kerana itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini"
Ketua perompak memandang wajah imam ghazali,
kemudian menyoalnya,
"Apakah harganya ilmu yang hanya berada di dalam kitab?"

Kata-kata ketua perompak itu benar-benar membuatkan Imam Ghazali terkejut.
Ia menyedarkan beliau tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikannya.
Sejak itulah beliau menghafal seluruh ilmu di dalam kitab-kitab miliknya.

**ilmu tempatnya di dalam hati bukan didalam kitab**
Kita bagaimana?? fikir-fikirkan ,selamat beramal.

1 comment:

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.