Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

29 August 2010

Tips gerak bangun sahur

http://kelakar2u.blogspot.com/
>>tengok yg gambarnya..
confirm bangun..

Kisah Ramadhan 1431

بـــســـــــــــــــــــــــــــــم اللّه الرّحمـــــــــن الرّحيــــــــــــــــم

RAMADAHN 1431 HIJRAH PENUH DUGAAN DAN BALA.

Bermulanya ramdhan kali ini dengan pelbagai dugaan. Ana mulakan dan menyambut ramadhan dalam keadaan badan yang kurang memuaskan , sedikt selsema…sehingga lah ke pertengahan ramadahn ..

Alhamdulillah pada pertengahan Ramdahan 16 Ramadahan kesihatan makin baik ..tetapi sakit dan bengang kepala masih ada sedikit-sedikit hanya berkurang sahaja.

Sungguh malang ..setiap pagi selalu saja lewat ke kelas.

UJIAN /BALA YG PALING BERAT DIRASAKAN.

PADA 28 OGOS 2010 BERSAMAAN 18 ramadhan.

Pagi ini bangun lewat lagi…

Setelah bangun pada jam 9.10 pagi, mneyedari telah lewat untuk ke kelas ..jam 9.40 ana terus cepat2 pergi mandi..tanpa menghiraukan telefon yg diletakkan di atsa meja belajar di ruang tamu dengan keadaan tidak pasti pintu rumah berkunci atau tidak. Lepas shj siap mandi..sudah menjadi kebiasaan ,walaupun terlambat..ana terus shj qada subuh, supaya tidak perlu tangguh kan ke masa yg lain..-bimbang nanti tannguh-tangguh ..terus lupa..Lepas siap,ana mencari handset..nak engok jam pukul berapa dan nak bergerak ke kelas..tetapi didapati telah ghaib..subhanallah..masyaAllah..kemana perginya…oleh kerana sudah terlalu lewat untuk ke kelas.. ana anggap sahaja silap letak…

Tetapi bermain-main difikiran.’.sah..kena curi…’ Sepanjang perjalanan ke kelas ..dalam fikiran terusan terfikir soal handset dan terfikir juga..laptop…atas meja ..baru perasan ..pun tak der juga…Dah sah dah ni..kena curi..

Sepanjang perjalanan itu juga ,ana berterusan berselawat supaya Allah tenang kan hati dan juga masih berharap ..anadai dicuri ..

YA ALLAH KAU LEMBUTKANLAH HATI ORANG YG TELAH MENCURI BARANG2 KU ..MOGA DIA KEMBALIKAN BARANG2 KU SEMULA…YA ALLAH ..YA RAHMAN…

Sampai kelas..habis kelas ..jam..11.20 pagi..ana terus ke surau solat hajat..

Dengan harapan Allah tenangkan hati, Allah hadirkan rasa redha dengan qada’nya, bersabar dengan bala dan ujianNya.

Sebelum balik kerumah ana jumpa kawan serumah dan bg tau dier ..katanya buatlah report ..jadi..bila sampai rumah …lepas solat zohor kami pergi buat laporan polis di balai polis wangsa maju..

Dipendekkan cerita..macam biasa ,petangnya ana pergi berbuka puasa dan solat maghrib,isya dan terawih di masjid wangsa maju. Masjid usamah bin zaid.[http://masjidusamahbinzaid.blogspot.com]

Macam hari2 biasa lepas solat terawih.,ana teruskan dengan tadarus bersama kumpulan tadarus masjid. subhanAllah..dalam keadaan yg sememangya ana perlukan dorongan dan kekuatan..Allah temukan dengan ayat yg menyeru supaya bersabar..

Satu ayat yg memang cukup bertepatn:

فالصبر كما صبر ألوالعزم مِن الرُسُل

Bermaksud:maka bersabarlah sepertimana sabarnya rasul2 ululazmi.

Adapun rasul ululazmi,iaitu nuh ,Ibrahim,musa ,isa,Muhammad, mereka adalah dikalangan Rasul Allah yg menerima ancaman , dugaan , ujian yg cukup berat berbanding rasul2 yg lain..contoh yg paling dekat dengan kita adalah nabi Muhammad…baginda dilempar dengan batu saat mahu berdakwah kepada penduduk Taif..

Ianya cukup mengingatkan diri supaya bersabar. Mengingat kisah-kisah nabi ululazmi, menydarkan diri ,ujian yg diterima tidak lah sehebat,sekuat yg diterima oleh Nabi.. oleh itu ,ana pujuk hati ..bersabarlah…redhalah dengan qada’Nya..sabarlah dengan balaNya. Semoga Allah mengambalikannya atau menggantikannya dengan yg lebih baik lagi..

Inilah kisah Ramdhan tahun ini yg cukup memberikan peringatan kepada diri..supaya tidak lalai dengan suruhan Allah..

Disebabkan lalai dengan suruhan Allah , akan ada waktunya Allah akan lalaikan hati dalam mengawasi barang2 jagaan, serta mungkin juga dalam dlm apa jua keadaan dalam perjalanan hidup.Nauzubillah..

Moral of d story:

1. -Sentiasa beringat dengan solat lima waktu , jangan dilalaikan. Bila lalai dengan suruhan Allah ,Allah akan lalaikan hati dalam kehidupan ..segela mala petaka akan mudah terjadi bila hati lalai.

2. -Kuncilah pintu rumah setiap masa.

3. 3Ingatlah Allah selalu ,jangan lalai dari mentaati perintah Allah . insyaAllah Allah tk akan lalaikan hati hamba yg taat dan sentiasa mengingatinya.

4. -Banyakkanlah berselawat , semoga dalam hidup sentiasa selamat.

29/8/2010

jam 1.08++am

wansa maju.

05 August 2010

Wasiat Imam Hassan ALbanna Buat Pemuda

7

10 wasiat imam hassan al-banna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.


2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.


3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi Bukalah ruang walaupun seminit !!!


4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!


5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!


6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.


7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.


8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.

-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi

-untuk menghapuskan kemungkaran

-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan

-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.


9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan... ! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.


10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal... " (Diulang 7 kali..)

Sayangilah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. wassalam

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.