Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

30 December 2010

Sebuah Pesan Bagi Mereka Yg dilanda Kegundahan dan rasa gelisah

Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam untuk baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta seluruh pengikut baginda.
Tanpa memanjangkan kata-kata.
Sebuah surat bagi mereka yang gundah dan gelisah . Surat itu berkata kepada mereka;
Janganlah bersedih!
Sebuah pesan bagi diri yang ditimpa musibah dan ujian.
Pesan bagi mereka yang mengalami halangan dan rintangan dalam kehidupan. pesan itu adalah ;
Janganlah bersedih!
Sebuah pesan kepada mereka yang dilingkari oleh pelbagai macam, kegagalan dan krisis yang membelenggunya. Pesan itu berkata;
Janganlah bersedih!
Sebuah pesan yang menyeru orang yang kehilangan anaknya, ataupun yang ditinggal pergi oleh buah hatinya.Pesan itu berkata;
Janganlah bersedih!
Sebuah pesan yang memberikan harapan dan kemudahan bagi mereka yang terbeban oleh hutang, bagi mereka yang dicengkam kemiskinan, bagi mereka yang didesak keperluan hidup ataupun bagi mereka yang dirundung rasa putus asa. Pesan itu berkata;
Janganlah bersedih!
Sebuah pesan bagi mereka yang menderita sakit, bagi mereka yang menjalani hidup dengan segala kekurangan, bagi mereka yang menahan perit ketika berbaring ataupun bagi mereka yang tidak nyenyak dengan tidurnya. Pesan itu berkata;
Janganlah bersedih!
Sebuah pesan bagi mereka yang terkurung diluar , bagi mereka yang merasa asing pada dirinya atau mereka yang menelan pahitnya kegagalan. Pesan itu berkata;
Janganlah bersedih!
Sebuah pesan bagi mereka ynag merasa bosan untuk hidup , bagi mereka yang harus menelan pahitnya pil kenyataan . Pesan itu berkata;
Janganlah bersedih!

No comments:

Post a Comment

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.