Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

28 October 2014

Crush.. can i?

Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu“crush”yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”“Rindunya crush saya….”Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”Lalu di jawab:“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya,apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama?Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan bendayang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.CRUSH TU APA?Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat“cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”.Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, danberhasrat agar orang yang dia cintaiitu juga mencintainya…”Kenapa saya definasikan“crush”dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.Kenapa pulak dosa?!Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.CINTA YANG ALLAH REDHA?Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?“Cinta yang Allah redha adalah cintayang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”(Ibn Qayyim)Lihat?Cuba highlightkan ayat:“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”Cinta sebeginilah yang Allah redha!Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”(HR Ibn Majah)So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buangmasa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolongkita untuk risikkan, suruh dia tolong.Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialahusaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim,orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang diacintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAHJom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.PERTAMA:Jami’ bin Mahuih bertanya:“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:“Ianya tercela...”Lepas tu Said berkata:“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”KEDUA:Imam Alghazali cakap:“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!KETIGA:“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”(Ibn Qayyim)“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”(Ibn Qayyim)“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”(Ibn Qayyim)“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah.Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….””(Ibn Qayyim)KEEMPAT:Ada sekali, ada orang bawa seoranglelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:“Kenapa laki ni mati?”Maka orang ramai menjawab:“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”Maka Ibn Abbas berkata:“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”Seorang penyair menyebut:“Hidup orang yang bercinta,Permulaannya hatinya seakan-akanikhlas dan bersungguh-sungguh,Pertengahannya penyakit,Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”****Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsungtiada usaha untuk lupakannya!BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANGKenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantungpada“Apakah agenda dan kesibukan pemuda”di zaman itu.Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!Lalu, perisik tu pun tanya:“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”Lalu pemuda tu jawab:“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam.Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketikaitu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!Lalu, perisik tu pun tanya:“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”Lalu pemuda tu jawab:“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam,kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketikaitu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.Akhirnya, islam kalah!!!Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin padausia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?Apakah yang nabi dan sahabat akanrasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.Wallahua’lam.

27 October 2014

Miraie translation

To the future

here, look at your steps
this is your way
to walk here,
look at ahead
that is the future of yours
a lot of tenderness
my mother gaveme
says "walk with love" again and again
I didn't know what it meant because of my youth
though she walked with me hand inhand
as the dream is always in a sky high above
it's hesitating to reach for,
but we have to pursue it
as this is a story of my own,
I cannot give up easily
when I got lost,
I held her hand and walked with her
sometimes I kept her tenderness away
being contrary to my mother here,
look at your steps
this is your way to walk
here, look at ahead
that is the future of yours sometimes I kept her tenderness away being contrary to my mother
here, look at your steps
this is your way to walk
here, look at ahead
that is the future of yours
here, look at your steps
this is your way to walk
here, look at ahead
that is the future of yours
to the future
we will walk slowly

22 October 2014

Pengarah kskb dengan uai

Kisah kawan sorok kotK pensel


Sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling Dewan Sek...
Kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik...
masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu��..jatuh dri 30kaki tu...
melampau betul gurauan budak2 skrg...
budak susah...dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...��
kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat...masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat...bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam������
Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat perangai yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.

Makluman awal SDR pelajar sekolah menengah keb syed alwi kangar perlis.
Repot maklumt pertama:
Si mati: nama muhammad hakimi bin zulkifli kp:990603-02-5553,penjaga:zallyismandy bin ismail,alamt:no 3 lorong 2 tmn teratai kgr pls no:0174104936

Ringkasan kes:
-mangsa pelajar tingkatan 3 smk syed alwi
-mangsa tiada masalah disiplin di sekolah
-mangsa dipercayai hadir ke sekolah dan kemudian MIA sehingga waktu rehat
-berpakaian sukan sekolah sms kejadian
-dipercayai mangsa memanjat dewan sekolah dan kemudian terjatuh akibat drpd siling yg pecah
-mangsa merupakan anak yatim
-maklumat lain menyusul
Katanya ada kawan sorok kotak pensil.dia p cari.masa jatuh dok pegang kotak pensil lg..cikgu2 pun menangis...          

Peringatan kita sebagai ibu bapa.. tegur2la ank jgn nk gurau smpai mcm ni sekali..��

Ingatan buat sang pejuang

" Kita kena RASA BERDOSA tengok sahabat kita buat kerja untuk jemaah, banyak kerja yg dia bertungkus lumus buat, sedangkan KITA sentiasa mencari alasan tidak buat kerja, sahabat kita sampai korbankan banyak masa keluarganya sendiri untuk melepaskan FARDHU KIFAYAH sahabat jemaah lain bukan sahabat kita tu nak buat semua tu mereka juga fikirkan keluarga mereka "

USTAZ IDRIS AHMAD, Konvensyen Tarbiah Anak Muda,PUTIK.
1.15PM
27 ZULHIJJAH 1435H/ 22 OKTOBER 2014.

21 October 2014

Deevali

Sempena hari deepavali, ada baiknya kita semaikan semangat 1 malaysia dgn belajar babhasa tamil.. Kpd peminat tegar  kelas b.tamil pun dibuka: onne-1 rende-2 monre-3 nalle-4 anje-5 arre-6 yelle-7 yetthe-8 ompathe-9 Patthe-10 makan-sappathe minum-kudingge pergi-po rumah-viddu ayam-koli kaki-kal susu-paal waktu-mani tulis-ellethu baca-padi duit-valli cakap-soll,pese. sekarang-ippo diam-sattham bahaya-apayam cikgu-asriyar,sir nanas-nannasi emak-amma bpk-appa adik perempuan-thanggachi adik lelaki-thambi saya-yen,naan kemana-yengge ramai,banyak-rombe cantik-allagana bunga-pu sekolah-pallikudem etc. cth ayat- awak nak pg mana "Nengge yengge po gringge" Saya nak pg minum teh "ennekke kadaike teh tanni kudingge" Brp duit-enna valli. Tolong diam-sattham pogage. Apa yg awak ckp ni- "Ni enna solgiren" Sekian bhs ringkas utk hari ni.Kalau ada yg tergigit lidah-sori ..most importantly jgn lupa goyang kpla time ckp...kekeke

17 October 2014

Oktober fest

DrMAZA.com
Sudut pandang drmaza.
Kita perlu banyak mebaca dan meneliti sudut pandang yang pelbagai dan berbeza. Kemudian nilai dengan ilmu.
PESTA ARAK
Pemimpin yang baik tidak akan berkempen kepada kerosakan. Sekalipun jika dia merokok, dia tidak akan kempen kepada rokok, sebaliknya kejujuran akan mendesakkannya memberitahu ataupun mengakui bahaya rokok kepada rakyatnya.Inilah sikap pemimpin yang jujur tanpa mengira latar agama dan budaya. Arak adalah sesuatu yang merosakkan. Ia diakui oleh semua pihak. Kerajaan UK terpaksa membelanja jutaan pound saban waktu untuk menangani kesan arakterhadap rakyatnya terutama pada malam-malam cuti.Bagaimana mungkin ada pemimpinpolitik dalam negara ini berkempen kepada pesta arak?!! Atas apa budaya dan lojik kebaikan untuk rakyat?!!Walaupun Islam akur hak bukan muslim untuk meminum arak, tapi berkempen terbuka kepada pesta arak yang merosakkan tidak dapat diterima oleh Islam dan mana-mana akal yang rasional.Jika ada pemimpin politik berkempen untuk arak atas dasar demokrasi ternyata dia hanya memperkatakan tentang demokrasitanpa memahami apakah tujuan manusia memilih demokrasi. Demokrasi untuk kehidupan yang lebih baik bukan sekadar memuaskan kehendak sesuatu pihak tanpa mengira baik dan buruk.

16 October 2014

Malam cinta rasul

Anjur majlis malam cinta rasul:"munafik! nak tunjuk baik! kroni! membazir! bidaah! syirik! tahyul! khurafat! penyembah kubur!"Anjur pesta arak: "Islam itu mudah...."Natijah: bala datang, minum air diesel.Pesta bogel sudah, pesta arak sudah, pesta apa lagi yang belum?Note: Berilah peluang untuk manusia berubah dan menginsafi kesilapan lalu. Kalau terus menghukum dan menghukum, mana mungkin orang nak dekati Islam. Ini bukan politik, ini fikir risau. Islam tetap dihati.Mana semua penentang "bidaah"?Kenapa hanya meroyan bila nama Rasulullah disebut dan ketika Allah dipuji?Tapi diam membisu bila penghinaan kepada Allah dilakukansecara terbuka dan terang-teranganserta beramai-ramai?"....dan tidaklah mereka (orang munafik) berzikir kepada Allah, kecuali sedikit..." (nisa: 142)Orang munafik zaman Nabi dulu mereka tetap berzikir walaupun"sedikit"..."Pejuang Islam" zaman sekarang pulak, bukan takat "sedikit" berzikir... tapi mereka MENENTANGmajlis-majlis zikir dan bermati-matian menentangnya serta mendiamkan kemungkaran yang jelas.Bravo pejuang Islam, anda kebanggaan Dajjal.
-shared from Ibnu Batoota

04 October 2014

Eudil adha

Salam eidil mubarak..

Selamat hari raya aidil adha..
Bersama menghayati pengorbanan nabi ismail...
Allahuakbar..
الله اكبر الله اكبر الله اكبر الله اكبر
لااله الا الله والله اكبر
الله اكبر ولله الحمد

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.