Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

17 October 2014

Oktober fest

DrMAZA.com
Sudut pandang drmaza.
Kita perlu banyak mebaca dan meneliti sudut pandang yang pelbagai dan berbeza. Kemudian nilai dengan ilmu.
PESTA ARAK
Pemimpin yang baik tidak akan berkempen kepada kerosakan. Sekalipun jika dia merokok, dia tidak akan kempen kepada rokok, sebaliknya kejujuran akan mendesakkannya memberitahu ataupun mengakui bahaya rokok kepada rakyatnya.Inilah sikap pemimpin yang jujur tanpa mengira latar agama dan budaya. Arak adalah sesuatu yang merosakkan. Ia diakui oleh semua pihak. Kerajaan UK terpaksa membelanja jutaan pound saban waktu untuk menangani kesan arakterhadap rakyatnya terutama pada malam-malam cuti.Bagaimana mungkin ada pemimpinpolitik dalam negara ini berkempen kepada pesta arak?!! Atas apa budaya dan lojik kebaikan untuk rakyat?!!Walaupun Islam akur hak bukan muslim untuk meminum arak, tapi berkempen terbuka kepada pesta arak yang merosakkan tidak dapat diterima oleh Islam dan mana-mana akal yang rasional.Jika ada pemimpin politik berkempen untuk arak atas dasar demokrasi ternyata dia hanya memperkatakan tentang demokrasitanpa memahami apakah tujuan manusia memilih demokrasi. Demokrasi untuk kehidupan yang lebih baik bukan sekadar memuaskan kehendak sesuatu pihak tanpa mengira baik dan buruk.

No comments:

Post a Comment

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.