Sign in

messageOnload

Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

04 November 2014

Jentik skit

:::MUHASABAH:::

Tajuk: Dijentik Halus

��Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam keadaan berlumuran darah. Melihat keadaan demikian, Rasulullah bertanyakan puncanya. Rupanya disebabkan terlalu asyik memandang seorang wanita lalu di hadapan, dia terlangar tembok di depannya. Akibatnya, itulah dia, pulang dalam keadaan berlumuran darah.

Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda maksudnya:
"Jika Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya, maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia."
(HR. at-Tirmidzi)

Rupa-rupanya jika Allah sayangkan seseorang hamba itu, disegerakan baginya hukuman di dunia. Bersyukurlah andai sekali sekala azab Allah segerakan. Bukan semata-mata menghukum sebaliknya sekadar menyucikan dosanya & hukuman berupa peringatan itu sekadar menjentik secara halus.

Bersyukurlah juga andai dalam mengingati insan-insan lain melalui apa-apa jua medium dakwah, kita juga diingati oleh Allah. Itu tandanya Allah sayangkan kita, sayang nak biarkan kita alpa & lupa terhadap peringatanNya.

Pejam mata seketika,�� rasailah kasih sayang Allah�� yang tidak bertepi. Senyumlah. Kemudian kerahlah hati, lisan & seluruh anggota badan agar membalas kasih sayangNya dengan ketaatan.��

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.