Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

22 December 2014

Buang benci

::kulit pisang dan ♥::

Maryam, guru kelas Tadika mrnganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya..
Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi kp yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci..
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik yang berisi masing-masing. Ada yang membawa 3⃣kp, ada juga 5⃣ kpdan paling banyak 8⃣kp. Semuanya sudah ditulis  nama orang yang paling mereka benci..

" Sekarang simpan itu. Jangan lupa bawa kemana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya.." beritahu Cikgu Maryam.
Kanak2 tersebut menyimpan kp masing2 di dalam beg.
Hari demi hari berlalu..
Kp tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk..

Kanak-kanak itu mula merungut dan ..
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.. ada yang , enggan  meneruskan permainan..

Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid-murid Cikgu Maryam sudah bersorak...Permainan sudah tamat..
Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa..

"Okey semua..apa rasanya bawa kp dalam beg kesana ke mari selama seminggu?? Tanya Cikgu Maryam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir..Lebih teruk lagi, mereka terpaksa , makan, mandi , bermain dan menonton  dengan bau busuk..

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada org lain dalam ♥. Bau busuk kebencian itu akan mencemari ♥ dan kita akan membawanya ke mana sahaja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan bau busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu.." beritahu Cikgu Maryam..

Moralnya, jangan letak di dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa2 yg mazmumah di dalam ❤. Macam yang makin membusuk , begitu juga hati....

No comments:

Post a Comment

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.