Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

05 December 2014

Dakwah itu.. menuju ilahi

Seorang remaja, kusut rambutnya. Di lehernya tergantung seutas rantai. Di jarinya terselit sebatang rokok, sambil bersandar di sebatang pokok dan duduk di atas motosikalnya. Matanya memandang langit. Mungkin sedang mencari dirinya yg sebenar. Mencari fitrah dirinya yg terselit dalam lubuk hatinya. Kawan kawannya yg lain sedang sibuk berbual kosong. Suasana agak bising.
.
Tiba-tiba lalu dihadapannya seorang pemuda beserban dan berjubah putih. Di jarinya terlilit seutas tasbih panjang. Tapi...tiada segaris senyuman pun pada bibirnya. Matanya memandang pelik pada kumpulan manusia itu. Lalu kakinya melangkah ke arah kumpulan pemuda jalanan itu.
.
Para pemuda jalanan berasa janggal dan malu apabila melihat lelaki beserban itu semakin hampir dengan mereka. Suasana menjadi sepi..
Pemuda serban menegur "Ehem! Korang buat ape kat sini? Taknak siap siap solat maghrib ke? Tak takut Allah ke? Ni, rokok ni..apasal hisap jugak dah tahu berdosa? Ha?! ''
Seorang pemuda di kalangan mereka merasa marah, lalu bangun dan menuju ke arah pemuda beserban putih. "Hoi! Kau apasal? Datang datang nak campur urusan kami? Kau ingat kau bagus sangat? Kau dah konferm ke masuk syurga?!'' "Habis tu kau yg hisap rokok dan tak solat ni konfem ke masuk syurga? Heih..jangan nak ego sangatlah,.. jangan sombong dengan Tuhan! Bila oang bagi nasihat, dengarlah..!''
.
Debukk!!!
Satu tumbukan hinggap di muka pemuda beserban itu. Pemuda beserban menahan sakit, sambil berkata "Apasal kau tumbuk aku? Haa? Kata seorang pemuda di kalangan mereka, ''Kau marah? Sabarlah..bukankah nabi berdakwah hingga berdarah kepalanya?
Pemuda beserban menjadi marah dan malu, lalu pergi meninggalkan mereka. Tidak lama selepas itu lalu pula seorang pemuda memakai kain pelekat dan t-shirt lengan panjang, dengan senyuman manis di bibirnya sambil mengangkat tangan tanda hormat kepada kumpulan pemuda jalanan itu. Pemuda itu sedang melangkah menuju ke masjid, lalu seorang daripada pemuda jalanan itu menyapa "mau ke mana tu?'' Jawabnya "mau ke taman syurga'' katanya sambil tersenyum manis.
''Taman syurga??!'' Serentak sekumpulan pemuda jalanan itu bertanya. "Iya..taman syurga itu tak jauh dari sini..disana ada majlis yg istimewa..Raja besar yg menjemput saya dan kalian semua ke sana..'' kata pemuda itu. "Apa?? Menjemput kami juga?? Biar betul?? ''Tanya mereka hairan. "Sudah tentulah..Di sana kita akan diberi imbuhan yg sangat lumayan! Sangat istimewa..malah lebih berharga daripada mutiara, tetapi sayang..ramai manusia yg tidak menyedarinya dan menolak jemputan raja besar itu..aku harap kalian tidak menolaknya..'' kata pemuda itu dengan riyak sedih. "Sudah tentu kami akan menghadirinya..marilah kita ke sana! Sekarang juga! Kata seorang daripada mereka. Kawan kawan yg lainnya angguk tanda setuju.
.
Sebaik sahaja sampai di hadapan masjid, azan berkumandang dengan merdunya. Pemuda jalanan menjadi hairan. Lalu mereka bertanya. "Di mana taman syurganya? Aku langsung tak nampak? Kau mainkan kitaorang ke?!'' "Inilah taman syurga, sahabatku..tidakkah kalian dengar? Betapa merdunya azan itu? raja segala raja menjemput kita ke rumahnya..lihatlah..hanya berapa ramai sahaja yg menerima jemputan raja segala raja? Sedangkan Allah menjanjikan ganjaran pahala yg besar dan syurga yg luas dan mewah bagi mereka yg menerima jemputan ini..kalian beruntung kerana menjadi tetamu Allah malam ini. Ayuh !masuklah ke rumahnya.'' Setitis demi setitis air jernih gugur dari kelopak mata mereka. Terasa tenang hati mereka dan tersedar mereka daripada kesalahan mereka selama ini. Lalu mereka bersembahyang jama'ah dan berdoa memohon ampun atas kesalahan mereka.
.
#Dakwah biar hikmah. Bukannya dakwah melulu sahaja. Teguran biar bijak. Jangan sampai menyakitkan hatinya. Adab dakwah perlu dipelajari. Bukannya semberono tak tentu pasal.��������

No comments:

Post a Comment

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.