Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

12 February 2015

12.02.15 perginya sang murobbi

Jam 9.45 malam .
Tuan guru nik abdul aziz telah dishkan meninggal dunia setelah lebih 2 minggu admit hospital husm.
Dibawa ke rumah di pulai melaka dengan ambulan.
Hari ini .. jam 10. 0 am jenazah akan dimandikan dan dikebumikan..
Ribua manusia datang dari segenap pelusuk untuk mengiringi jenazah.. ada yg naik flight, ada dgn kereta.
+sumber - wasap nik abduh dan wasap shbt2 yg pergi dgn flight.

12.02

MENGINGATI 66 TAHUN PEMERGIAN IMAM HASAN AL BANNA - 12 FEBRUARI 1949
♡Syahidnya Hasan al-Banna♡

☆Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin.

☆Mereka menunggu Menteri, Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

☆Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isya' mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.

☆Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

☆Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al-Banna.

☆Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

☆Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama.

☆Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama' dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya.

☆Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik pemerintah Mesir pada ketika itu.

Inilah harga sebuah perjuangan. Semoga Allah menempatkan ruh beliau di kalangan para Siddiqeen, Syuhada' dan Solehin. Ameen Ya Rabbal Alameen.

06 February 2015

Katak dan hidup

CERPEN KATÀK DGN IKAN.
������

"Ada seekor katak yg nampak manusia sedang memancing..
Ikan yg telah dapat di tangkap...
Terus di belah perutnya dan di bakar di atas api.

Katak jadi kesian melihat teman nya ikan yg diperlakukan begitu..
Walau pun rupa katak itu buruk dan tak cantik..
tetapi hatinya sangat baik.

Sedang manusia itu terus lagi memancing, untuk mendapat lebih banyak ikan.

Katak rasa.. dia perlu buat sesuatu..
jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan .

katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu .
Katak itu beritahu pada ikan :
"jangan makan cacing ni , sebenarnya ini perangkap .

kalau kau makan juga , kau akan di tangkap . perut kau akan di belah , kulit kau akn dibakar atas api. mereka akn makan makan kau..
sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat.

Tapi ikan ini tidak ambil peduli akan teguran si katak ,
Dgn sombong dia menjeling katak..
dan mengagap kehodohan rupa katak itu sama seperti perangainya.

Si ikan bersangka buruk terhadap katak.
Dia merasa kan bahawa katak dengki padanya yg tengah memperolehi rezeki.

ikan itu tak percaya .
dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu ,
ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas .

Ikan itu terkejut ,
dia nmpak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar .
Dan sekarang baru dia yakin yg dia akn di bakar ,

kulitnya akn disiat2 ,
perutnya akn dibelah .
Ikan itu sangat menyesal . tapi... , Sudah tak ada peluang untuk nya kembali dalam air...

@$#$&$@$#$&$@$#$&$

keadaan ini sama pada kita , bila ada orang beritahu kpda kita keadaan ,padang masyhar, balasan neraka , balasan syurga , azab neraka , titian sirat, kita ambl tak endah saja .

bila sahaja mati ,hijab akhirat akn dibuka . 
kita akan nampak manusia yg dibakar atas api .

orang yg akn di seksa kerana melakukan maksiat . seperti mana keadaan ikan telah nmpak apa yg berlaku di atas darat . 

Wahai sekalian manusia..
kita hnya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini .

jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita, kepada pekara yg sia- sia ,

terutama nya pegang akidah islam serta tingkatkan ketaqwaan dari masa ke semasa....

semoga Allah beri kita kefahaman serta keyakinan yg benar teguh..

02 February 2015

Rintihan kalbu

�� Renungan bersama ��:

Kadangkala aku mengeluh sendiri ..��

Mengeluh tatkala mengenangkan sampai bila aku mampu bertahan diatas jalan dakwah INI ...��

Mungkin esok , ataupun lusa ��

��Tohmahan , ujian , cacian,
Ancaman , makian!!!��
Seringkali mewarnai perjalanan Yang panjang INI ...��������
Lelah Dan jenuh menghampiri setiap sudut perjalanan..����

Namun , aku tetap YAKIN dengan janji Allah .��

��"Sesungguhnya Allah telah membeli Dari org2 mukmin diri Dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ..

��...Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh Dan terbunuh....

��..Dan siapakah yang lebih menepati janjinya ( selain ) daripada Allah ?...

��...maka bergembiralah dengan jual beli Yang telah kamu lakukan ITU , Dan itulah kemenangan yang besar
           (Qs . at.taubah , 9:112)

Ingatlah wahai Sahabat , muslimin�� muslimat��

✨Tatkala era keterlibatan kita di dalam dakwah adalah era permasalahan��, krisis, lesu , Dan bisu

Tawar dirimu untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian ��, pujuklah dirimu wahai si pengeluh..
Jadilah antara dua :
��penyumbang kecemerlangan ��
��penawar diri kepada pnyelesaian⛳

Bila tangisanmu �� berpanjangan Dan hatimu kedukaan , ingatlah betapa Allah mengira setiap titisan air matamu yang gugur ��

Di situ air mata yang menitis terasa amat bernilai utk menyiram api neraka�� .bersabarlah wahai teman- teman

" Allah memberikan hidaya kepada seorang manusia melalui perantaraanmu , lebih baik nilainya bagimu, daripada unta merah "
HR.AL-BUKHARI DAN MUSLIM

✨Teruskan berdakwah Dan mencari ISLAM Sahabat.

# semoga kita dipertemukan di syurga Allah dan bertemu Rasulullah S.A.W
12 rabiul akhir 1436
  -Anis Fadzil -

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.