Sign in

messageOnload


Mencari Redha Ilahi_Pages

Ahlan wasahlan

Ahlan wasahlan
selamat melawat blog ana yang lahir semula ini..
moga input yg akan datang akan memberi manfaat kepada
semua..

"
jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambah baikan"

"kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua"

12 February 2015

12.02

MENGINGATI 66 TAHUN PEMERGIAN IMAM HASAN AL BANNA - 12 FEBRUARI 1949
♡Syahidnya Hasan al-Banna♡

☆Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin.

☆Mereka menunggu Menteri, Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

☆Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isya' mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.

☆Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

☆Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al-Banna.

☆Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

☆Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama.

☆Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama' dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya.

☆Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik pemerintah Mesir pada ketika itu.

Inilah harga sebuah perjuangan. Semoga Allah menempatkan ruh beliau di kalangan para Siddiqeen, Syuhada' dan Solehin. Ameen Ya Rabbal Alameen.

No comments:

Post a Comment

QUDWAHHASANAH LAGU

>>Mutiara Kata<<

Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN,

Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA,

Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA,

Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.